Tentu kita semua pernah mendengar kisah kepimpinan Umar Al-Khatab dengan seorang ibu tunggal kan?
Mungkin ramai yang masih kabur, apa tujuan Ana di sini. Tapi, sesungguhnya, cerita ini ada teladan
di sebaliknya. Umar seorang yang amat merendah diri dalam kepimpinannya.Pada suatu malam, ketika Umar
melaksanakan aktiviti penyamarannya bersama pembantunya, Umar terdengar suara budak menangis di sebuah rumah.
Umar menghampiri rumah tersebut. Dilihatya, seorang wanita sedang merebus sesuatu di dapur manakala anak-anak
wanita tersebut sedang menangis. Lalu dihampirinya wanita itu dan bertanyakan hal tersebut.
Jawab wanita tersebut, " Anak-anak ku itu sedang menangis kelaparan. Lalu aku merebus batu-batu ini supaya dapat
menyenangkan hati anak-anak ku yang menyangka aku sedang merebus makanan untu mereka." Wanita itu selanjutnya
meluahkan rasa marahnya kepada Khalifah Umar Al-Khatab yang dianggap tidak menjaga kebajikan rakyatnya tanpa dia ketahui bahawa lelaki yang berada di hadapannya itu adalah Khalifah Umar al-Khatab.Mendengar itu khalifah Omar amat sedih.Lalu pada besoknya dia sendiri menghantar seguni beras ke rumah wanita itu. Itulah yang dilakukan sehingga pada suatu hari dia mengarahkan pegawainya menjemput wanita itu datang ke istana. Setibanya wanita itu ke istana barulah wanita itu sedar orang yang selama ini memberinya makanan adalah Khalifah Omar al-Khatab. Diapun menyesal.
Itu lah pemimpin yang sebenar! Kebajikan orang bawahan menjadi satu rintihan di hatinya. Apabila hidup di kampus, MPP dikatakan pejuang suara mahasiswa seluruhnya,tapi bagaimana dengan MPP UTM? Setiap sesi kepimpinan baru, mahasiswa keseluruhannya berharap agar segala kemudahan dan kebajikan pelajar akan lebih terbela.Namun, fenomena yang berlaku di UTM adalah sebaliknya. Kupon makanan yang disediakan bagi meringakan beban pelajar, sudah tiada khabar beritanya. Sepatutnya, jumlah pelajar yang mendapat kupon makanan ini ditingkatkan, tetapi apa yang terjadi sekarang? Bahkan, pelajar yang sememangnya sudah mendapat kupon ini ditarik balik kemudahannya. Apa dah jadi? Mana MPP yang dikatakan pejuang kebajikan pelajar? Peruntukan wang zakat, juga tiada perkhabaran. Tanya saja kepada MPP sesi kali ini, berapa jumlah peruntukan wang zakat kepada seorang pelajar? Pasti mereka jenuh mencongak jumlah nya kerana mereka sendiri kurang atau mungkin juga tidak maklum tentang kemudahan ini. Mana MPP yang dikatakan orang perantaraan antara mahasiswa dan peringkat pentadbiran universiti? Hanya berapa kerat pelajar-pelajar kita yang mengetahui kewujudan kemudahan pinjaman jangka pendek dan jangkan panjang. Mana hebahan daripada peringkat MPP? Ini kah pemimpin kita? Sesi ini, jawapannya ialah ya. Tetapi, mahukah lagi kita berada di bawah naugan MPP di sesi akan datang dengan corak kepimpinan yang sama? Mahukah kita berada di bawah pimpinan MPP yang hanya berjanji manis ketika menabur manifesto?Mahukah kita terus-terusan berada dalam lingkungan MPP yang hanya enak berada dalam 'zon selesa politik' mereka? Tepuk dada, buatlah keputusan anda. Anda yang akan menentukan siapa pemimpin yang akan mewakili suara keseluruhan mahasiswa. Keputusan di tangan anda. Bukan kepimpinan Umar Al-Khatab,Abu Bakar Ash Shidiq, Utsman bin Affan, ataupun Ali bin Abi Thalib yang kita dambakan. Tetapi, kita perlukan pemimpin yang dapat mewakili suara mahasiswa secara keseluruhannya.
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment