Monday, November 10, 2008

Matlamat Pilihan Raya Kampus Wajar Diperhalusi

Saban tahun, pilihanraya kampus (PRK) pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi dan juga kolej universiti di seluruh negara. Pada tahun ini juga, pasti kancah Pilihanraya Kampus yang dijangka pada bulan Oktober ini akan menjadi buah mulut masyarakat dan pemerhati politik tempatan.

Persoalan besar yang selalu bermain di minda ramai pihak ialah mengapa para mahasiswa mengambil berat akan pilihanraya ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Atau juga sebagai alat pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan?


Saya sebagai salah bekas calon yang terlibat secara langsung dalam PRK pada tahun lalu berasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat berkaitan demokrasi di gerbang ilmu ini.

Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya dahulu, pemilihan pengawas di sekolah hanyalah lantikan dan bukan pemilihan, tetapi ia senario berbeza di Universiti.

Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpun mereka. Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, yang boleh mengendalikan pesta konvokesyen, forum dan juga pelbagai program intelektual lain.

Para mahasiswa yang keluar mengundi inginkan satu kepimpinan yang boleh memacu perubahan ke arah penegakkan haknya di universiti. Pemimpin pelajar yang terpilih itu pula perlulah menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Selain itu, pemimpin pelajar yang dipilih juga wajar dilihat sebagai pemimpin pembina budaya (culture builder).

Selanjutnya, PRK merupakan medan demokrasi unggul yang mengajar para mahasiswa erti pilihanraya. Bermula dari pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, risalah-risalah, manifesto, kain rentang dan pengiraan undi,ia merupakan situasi sebenar seperti dalam pilihanraya umum. Mahasiswa yang didedahkan dengan PRK, akan mengetahui cara-cara perjalanan pilihanraya dan juga peraturan semasa piliharaya yang seterusnya dapat diadaptasikan oleh mereka setelah keluar dari menara gading.

Demokrasi ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar. Jadi, faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.

Selain itu, PRK juga diperkenalkan adalah kerana ingin mencari pemimpin pelajar yang boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat luar terutamanya muda-mudi yang mengalami krisis identiti sekarang.

Perkara ini mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang dilingkari dengan masalah sosial dan jenayah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Secara analisisnya, suara mahasiswa sebenarnya amat mahal dan apabila ia bersuara, pasti ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

Di samping itu, kepimpinan negara memerlukan pelapis yang boleh menjadi pengganti kepada pemimpin sedia ada sekarang. Negara memerlukan tenaga dan daya pemikiran pemimpin yang baru bagi melangkah gagah menghadapi arena globalisasi dan juga hal ehwal dalaman negara kita.

Sekiranya kita selongkar sejarah lama, pemimpin pelajar seperti Shabery Cheek, Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Husam Musa, Abu Bakar Chik dan ramai lagi pemimpin yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara, pernah diasuh sebagai pemimpin pelajar.

Oleh yang demikian,jelas PRK bukan sekadar berseronok ketika kempen, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang yang amat penting dalam pembangunan negara.
PRK turut mengajar erti kebebasan memilih kepada para mahasiswa dalam pemilihan pemimpin pelajar.

Para calon pula boleh menggunakan peruntukan dalam Perkara 10 klausa 1 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan idea. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidak mutlak tetapi mempunyai beberapa sekatan tertentu yang antara lainnya melarang mahasiswa menyebarkan fitnah, ugutan, menghina calon lain dan juga menyebarkan provokasi.

Dalam Peraturan 64.5 Peraturan-Peraturan Pemilihan (Perjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri jelas melarang setiap calon dan wakilnya daripada membuat paksaan, ugutan dan deraan dalam apa jua bentuk terhadap orang perseorangan. Prinsip keadilan asasi (natural justice) boleh diterapkan ke dalam jiwa mahasiswa dan mereka dapat disedarkan dengan hak asasi untuk bebas membuat pemilihan.

Bagi setiap calon pula, sifat pemimpin pelajar yang neutral, tidak mempunyai agenda politik serta bukan jurucakap kepada parti politik perlu ada paa setiap mahasiswa yang ingin bertanding dalam PRK. Hal ini sejajar dengan konsep politik nilai mahasiswa dan juga Seksyen 15 kurungan 3 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menyatakan bahawa para pelajar dilarang menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja.

Setelah diperhalusi tujuan PRK,maka saya merasakan bahawa PRK amat penting dalam mencorakkan pemikiran mahasiswa dan ia wajar dijadikan suatu nilai yang penting dalam diri mahasiswa. Dihujahkan bahawa pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau Parlimen.

Pemilihan peringkat kampus juga bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi medan pilihanraya kampus wajar dijadikan medan atau sekolah pembelajaran bagi mendidik mahasiswa untuk terlibat aktif dalam demokrasi sama ada di kampus dan di luar kampus setelah tamat pengajian mereka.

Suasana PRK pula perlulah adil dan berdemokrasi yang secara automatik akan melahirkan para mahasiwa menjadi lebih bermoral dan pro-demokrasi dalam menjana satu suasana politik sihat di Malaysia pada hari mendatang.

Oleh yang demikian, jelas bahawa matlamat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar wajar diterima oleh pelbagai pihak bahawa ia diadakan untuk mendidik erti demokrasi kepada mahasiswa. Sekiranya ia menyimpang jauh daripada matlamat asal, dibimbangi bahawa pemimpin yang dipilih bukan atas faktor kredibiliti atau kemampuan untuk memimpin,tetapi dipilih atas dasar ketakutan dan dipaksa.

Ini akan memberikan ancaman kepada kepimpinan negara boleh meruntuhkan keutuhan negara kita pada masa hadapan. Merujuk kepada kata-kata falsafah barat yang menyatakan bahawa ‘masa depan dibeli oleh masa sekarang’, maka mahasiswa seluruh negara wajar merenung kata-kata ini dan wajar persiapkan diri untuk memandu negara selepas ini.

Janganlah pilihanraya kampus yang bernilai tinggi ini hanya melahirkan pemimpin yang hanya ‘angguk-angguk,tetapi tidak berani ‘geleng-geleng’ dan ini akan merencatkan pertumbuhan penghasilan pemimpin masyarakat yang berkaliber di negara bertuah ini.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita,padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(kedudukannya di sisi Allah) jika kamu orang yang benar-benar beriman.”- 'ali imran; 139

Friday, October 10, 2008

Mahasiswa Mencorak Pemerintahan Negara

"Hari Raya tahun ini sebenarnya agak getir bagi umat Islam di Malaysia. Walaupun sebenarnya Malaysia secara relatifnya adalah aman tetapi jikalau dibandingkan suasana politik yang ada dengan zaman-zaman dahulukala, ini adalah yang paling kacau.


Bagi orang politik samada pemainnya ataupun pemerhatinya, suasana kacau ini dirasakan alah sebahagian daripada ranjau politik semata-mata. Tetapi, bagi rakyat biasa, ia mengundang seribu satu persoalan. Penyokong pembangkang selalunya menolak kestabilan politik dengan dengan kemakmuran ekonomi negara. Namun, dengan politik yang kacau terutamanya dengan omong-omong kerajaan baru bakal menggulingkan kerajaan yang ada, ekonomi negara menjadi tidak menentu.

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum yang perlu diperintah oleh suatu kerajaan yang kuat dan mendapat mandat yang bulat dari rakyat. Mengangan-angankan kejatuhan sebuah kerajaan yang stabil dan berjasa seolah-olah mahukan Iraq pasca Saddam Hussein. Orang Malaysia tidak seperti rakyat Iraq yang biasa susah dan biasa berperang dengan negara-negara jiran. Orang Malaysia menyelamatkan negara dan diri dengan otak dan taktik bukannya dengan kudrat dan keringat.

Ada yang berbangga dengan merdeka beserta dengan tumpah darah dan mengeji kemerdekaan negara yang diperolehi dengan aman dan tenteram. Tetapi, orang yang mempertikaikan kemerdekaan ini sebenarnya tidak faham erti kemerdekaan yang dikecapi. Lihat sahaja umat sebangsa di negara jiran. Asal usulnya lebih makmur di zaman dahulukala dengan pondok-pondok lebih dari yang ada di negara kita. Namun, bahana penjajahan, ramai yang terpaksa hanya menjadi tukang masak di kedai-kedai Tom Yam di ngara kita semata-mata. Bahasa seharian tidak diiktiraf dan ada yang hilang dari lidah pertuturan.

Namun, yang ada di sini tidak bersyukur, ramai yang asalnya berketurunan dari mereka yang berselipar pun tidak untuk ke sekolah, hari ini boleh bercakap tentang demokrasi dan macam-macam lagi dengan menggunakan blog, YouTube dan bermacam-macam lagi. Inilah hasil dari Dasar Ekonomi Baru. Namun, mereka ini mengeji seolah-olah kerajaan yang ada hari ini tidak menyediakan sesuatu pun untuk mereka untuk maju.

Orang biasa dan mahasiswa biasa selama ini menyokong kerajaan yang sedia ada kerana kerajaan ini telah memikirkan pelbagai cara untuk mendokong pembangunan sosial dan akademik yang sedia ada. Kerajaan yang ada tidak pernah menggangu ibu-bapa dan pelajar-pelajar supaya meyokong kerajaan membabi buta. Mahasiswa dan ibu bapa yang menyokong pembangkang malahan membenci kerajaan terus diberi bantuan dan sokongan kewangan dari kerajaan.

Mereka tidak pernah didiskriminasi oleh kerajaan dan tidak pernah disekat untuk meneruskan pengajian. Malahan, mereka ini terus diambil oleh kerajaan untuk berkhidmat sebaik sahaja bergraduat ataupun apabila sudah tidak mampu bersaing di sektor swasta sebagai pegawai-pegawai tadbir, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan pelbagai lagi jawatan di sektor kerajaan walaupun diketahui terlibat di kampus menyebarkan dakyah membenci dan memfitnah kerajaan yang sedia ada.

Ramai juga dari mereka ini yang sebenarnya tidak mempunyai kemahiran bahasa Inggeris dan kemahiran teknikal lain yang membolehkan mereka bersaing untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta. Tetapi, kerajaan terus membantu mereka atas dasar ihsan dan keinginan melihat mereka berubah dan terus berdaya maju tanpa mengambilkira sentimen politik sempit.

Pinjaman dan biasiswa terus diberikan walaupun negara-negara yang merdeka sezaman ataupun lebih awal dari negara kita telah lama menghentikannya. Mahasiswa perlu sedar bahawa bilangan pelajar yang ada di institusi pengajian hari ini bukan seperti dahulu. Bilangannya sudah mencecah ratusan ribu dan majoritinya kecuali dari berpendapatan tinggi dibantu oleh kerajaan.

Maka, seharusnya, mahasiswa perlu berfikir akan kesusahan pihak kerajaan berfikir bagaimana untuk menyediakan dana bukan sahaja untuk menyokong sara hidup pelajar yang berjumlah ratusan ribu tersebut tetapi juga melibatkan prasarana dan juga tenaga pengajar yang makin bertambah dari setiap tahun. Kita harus sedar bahawa tidak banyak kerajaan di dunia yang membelanjakan perbelanjaan kapita yang tinggi untuk pelajaran dan pendidikan seperti Malaysia.

Buat masa sekarang, kerajaan memerlukan mahasiswa supaya menumpukan masa untuk pelajaran dan menguatkan diri dengan kemahiran. Kemahiran inilah yang akan dilihat oleh majikan sebaik sahaja mahasiswa bergraduat dari kampus masing-masing.Mahasiswa tidak perlu terjebak dengan hasutan sesetengah pihak yang kononnya mahukan lebih ruang untuk berdemonstrasi dan mewujudkan huru-hara. Ini semua tidak akan membantu mahasiswa di alam pekerjaan dan seterusnya tidak akan membantu negara kita untuk maju.

Mahasiswa perlulah memilih kepimpinan yang boleh menyediakan suasana aman seperti mana yang patut sebuah universiti perlu ada dan bukannya menjadikan universiti seperti medan tempur ataupun markas parti politik tertentu semata-mata.

Pilihan terletak pada tangan mahasiswa.Samada untuk bersama dengan kemakmuran yang telah lama dikecapi selama 50 tahun negara kita merdeka ataupun meneruskan ketidakpastian yang tentu mendatangkan malapetaka kepada diri sendiri, universiti, bangsa, agama dan negara terutamanya.

Friday, October 3, 2008

Bodohkah Kita...?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Sejak akhir-akhir ini kita kerap mendengar tentang isu "political disaster" dikalangan parti politik orang Melayu. Apakah dengan berlakunya political disaster dikalangan ummat melayu ini menguntungkan Melayu? Perpecahan dikalangan ummat Melayu ialah suatu yang amat dinantikan oleh bangsa-bangsa bukan Melayu yang telah hampir 51 tahun penantian yang telah selama ini menjadi kenyataan dalam Negara kita. Hak melayu bukan lagi dijadikan satu hak ekslusif serta ianya dijadikan bahan tajuk utama forum-forum, diskusi serta sidang media dikalangan bukan Melayu yang kian lama kian berani bangun menyatakan keadilan tentang HAK mereka.

Saya amat tertarik dengan perkataan "PENDATANG" @ "IMIGRAN" yang di utarakan oleh salah seorang ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang kepada semua bangsa-bangsa bukan bumi. Mengikut kamus dewan, Pendatang membawa maksud orangyang bergerak ke suatu tempat dari tempat lain dengan sesuatu tujuan. Dalamerti kata yang lain, terdapat ramai pendatang di Malaysia dari pekerja asing, pelancong asing, rakyat asing hingga ke duta asing. Kalau kita teliti dengan lebih mendalam rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa yang melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah & Sarawak.

Akan tetapi proses kepada pembentukan sebuah negara (Malaysia) melibatkan beberapa proses yang begitu unik dan tidak pernah dilalui oleh mana-mana negara di dunia. Mana mungkin rakyat sesebuah negara membuka kerakyatan "Citizenship" kepada bangsa lain, bukan sekadar menjadi rakyat, akan tetapi mereka-mereka ini boleh mengundi dalam pilihanraya umum malah boleh bertanding dalam pilihanraya serta menjadi anggota kabinet Malaysia dan menggubal dasar-dasar kerajaan Malaysia. Itulah cantiknya Bangsa Melayu dalammemberi ruang kepada bangsa-bangsa asing yang dahulunya menjadi buruh serta kerja di ladang. Tetapi pada hari ini mereka memegang ekonomi Malaysia, menjadi lebih kaya dari pribumi Malaysia.

Sistem jusoli yang membolehkan semua ini berlaku melihatkan betapa Melayu telah melakukan satu pengorbanan yang begitu besar sehingga sangup menerima bangsa asing menjadi RAKYAT Malaysia dengan harapan Agama Islam adalah agama Rasmi Malaysia, bahasa MELAYU (Bukan BAHASA MALAYSIA) adalah bahasa kebangsaan, Raja-raja Melayu serta Hak Istimewa Melayu menjadi hak eksklusif Ummat Melayu & Bumiputera di Malaysia. Namun pada hari ini kita melihat, bagaiman hak-hak Melayu mula dipertikaikan sehinggakan ada golongan yang didalangi oleh parti-parti politik bukan Melayu termasuk dalam yang bersama kerajaan meggelarkan diri mereka sebagai Dong Ziong @ Suqiu berani mempersoalkan sertai ngin memusnahkan hak –hak Melayu dan berkongsi kekayaan negara sebagai sama rata. Apakah kita mahu terus melihat ummat Melayu terus mejadi bahan balingan bola bangsa lain kerana takut akan hilang undi dalam pilihanraya? Apakah kuasa Melayu kian terhakis? Apakah kepastian yang membolehkan hak Melayu terus kukuh dalam Perlembagaan negara perkara 152 & 153?

Dimanakah kesilapan yang mengakibatkan Melayu diperlakukan sebegini rupa? Dimana kekebalan kuasa Melayu yang suatu masa dahulu merupakan benteng kuat kekebalan umat Melayu di Malaysia. Apakah Dasar Ekonomi baru itu merupakan suatu dasar yang menindas bangsa lain? Dasar ekonomi baru adalah sebahagian daripada hak Melayu. Perjanjian sistem Jusoli tidak perlu dipersoalkan kerana Malaysia adalah bumi Melayu. Mengapa ia mula dipersoalkan? Dalam erti kata lain, keseimbangan dalam ekonomi negara hanya akan stabil seandainya semua pihak berada di dalam keselesaan hidup. Malaysia sebuah negara yang kaya, mewah dan ada segalanya, Bangsa lain bebas berniaga serta mengaut keuntungan dalam segala aspek perniagaan dari runcit sehingga ke perdagangan antara negara. Contohnya dari segi aspek hiburan, perniagaan kelab malam serta kasino adalah milik bukan Melayu, sedangkan kita semua tahu perniagaan ini melibatkan "Cash Flow" dan bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau nak dibandingkan dengan projek membina bangunan kerajaan yang memerlukan kesabaran dalam perlaksanaan projek tersebut.

Orang Melayu hanya punyai projek-projek milik kerajaan sahaja, sedangkan bangsa-bangsa lain dengan projek pembangunan swastanya serta perniagaan hartanah yang sedang dikuasai oleh bangsa asing di Bandar-bandar besar. Apakah itu belum cukup untuk bangsa bukan Melayu hidup bahagia di Malaysia? Kenapa perlu dipersoalkan? Mengapa UiTM juga dijadikan mangsa terbaru? UiTM adalah Hak Melayu!!! Apakah tidak cukup Matrikulasi dan MRSM dibuka 10% kepada bukan Melayu? Dah bagi betis nak paha pulak!!!

Banyak lagi perkara yang hendak dibangkitkan, namun masa mencemburui kita… Bangunlah wahai Melayu, Bersatulah wahai Melayu, Melayu akan hancur di Malaysia sekiranya kita sendiri tidak mampu mengawal bangsa sendiri, jangan menjadi pengkhianat bangsa hanya kerana pangkat, harta dan nama. Apabila Melayu hebat, Islam pasti hebat… Jangan biarkan bangsa lain bertakhta, kerana belum tentu Islam bahagia. Jangan sampai azan tidak kedengaran di bumi Malaysia…bersatulah Melayu.

Sekian, Wassalam.

Salam Lebaran Buat Semua Sahabat-Sahabat UTM KL


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, September 7, 2008

Fikirkanlah Dengan Bernas Wahai Sahabat Sekalian

Assalamualaikum sahabat semua...

Tentu ramai yang tahu tentang blog suara-utmkl.blogspot.com yang empunya pihak pro-mahasiswa. Banyak isu-isu yang diketengahkan...bagus semua isu memang bagus tapi bukan itu niat penulis untuk bincangkan disini tetapi tentang ayat yang digunakan oleh mereka bukan seperti seorang yang ada ilmu... tak percaya anda boleh layari blog mereka...bandingkan ayat yang digunakan dalam blog gabungan suara mahasiswa utmkl ini dengan blog suara-utmkl...

Penggunaan ayat yang sungguh menghinakan seperti mengatakan seseorang itu lembu dan lelaki lembut amat menyedihkan penulis...bukan mereka tak tahu yang ayat itu teruk tapi mereka letakkan emosi dihadapan daripada akal fikiran untuk berfikir...

Fikir-fikrkanlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...penulis tahu bukan mpp yang postkan berita tu tapi anak-anak buah mereka yang boleh penulis katakan sebagai radikal...kepada sahabatku MPP...jengok-jengoklah anak buah anda...jangan melampaui batas sebagai seorang mahasiswa...dan yang paling penting seorang muslim....

Anda sebagai pengundi yang berfikiran bernas dan adil...pilihlah calon yang anda rasa boleh menjaga kebajikan anda pada masa akan datang...

Monday, September 1, 2008

Jangan Hanya Pandai Berkata-kata Wahai PRO-MAHASISWA

>Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Fenomena pilihan raya di kampus UTMKL pada kali ini menjanjikan suasana yang hangat..!!
Hangat macam mana pun kita kena ingat semua wahai sahabat tentang kepentingan diadakan pilihan raya kampus...kalau sesiapa belum tahu ini yang ana nak bagitahu...pilihan raya kampus diadakan adalah untuk memilih tonggak kepimpinan mahasiswa di Universiti yang dapat menjaga hal ehwal mahasiswa khususnya hal kebajikan... Janganlah kita menjadikan pilihan raya kampus sebagai medan untuk sesetengah golongan yang tidak bertanggung jawab menyebarkan fahaman politik luar dan tidak memperjuangkan hal-hal kebajikan pelajar...Boleh dilihat pada blog MPP-UTMKL yang lebih banyak memperjuangkan isu AUKU daripada isu kebajikan pelajar di UTMKL...

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat sekalian...

(Pesanan Buat Sahabat PRO-MAHASISWA)
Jangan hanya bercakap pro-mahasiswa...anda ni ibarat tin kosong...lantang berbunyi tetapi bila dilihat didalamnya tarak...!!!! Anda minta mahasiswa UTMKL melihat perubahan tetapi apa yang anda buat setelah menjadi MPP di UTMKL...? Ingat anda berjanji semasa manifesto dulu...anda bukan sahaja berjanji dengan mahasiswa tetapi anda turut berjanji pada Tuhan yang satu ... Ingat...!!!! dan jangan membuat andaian yang bukan-bukan tentang perjuangan kami...itulah susah kalau anda menempatkan diri anda di takhta yang paling tinggi (MPP),anda tak dapat rasa dan lihat keperitan dan kesusahan orang yang dibawah...

Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Dan Mengerjakan Ibadah Puasa.....

Selamat Menyambut dan Mengerjakan Ibadah Puasa.....Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum....Selamat Datang Ramadhan......Bulan yang amat di rindui oleh semua pencinta keredhaan Allah s.w.t.......

Ingatan Tulus Ikhlas....Gabungan Pelajar UTMKL.....

PILIHANRAYA KAMPUS a.k.a CAMPUS ELECTIONS

Saat dan detik yang di nantikan.......



Pilihanraya Kampus Terhebat Abad ini.....


Akan Datang Di UTMKL.........


Kiraan Bermula dari sekarang......


Gabungan Pelajar UTMKL......

Mengorak Langkah Menerajui Perubahan...

Tempoh Kepimpinan Persatuan2 pelajar sudah semakin hampir. Pembubaran Kabinet MPP bererti tamatlah tempoh kepimpinan pelajar yang ada di UTMKL. Dalam jangka waktu ini pasti ramai yang ternanti-nanti kepimpinan baru yang bakal menggantikan kepimpinan yang berlalu. Oleh itu kepimpinan ini mesti diganti dengan kepimpinan yang lebih baik dari itu.......

Persoalannya, apakah ada lagi kepimpinan sehebat kepimpinan yang anda idamkan...Hanya 5 kerusi yang mampu merungkai segala persoalan yang bermain difikiran setiap warga UTMKL...jangan persiakan 5 kerusi ini kepada orang yang tak berhak memilikinya. Mahukah anda, andai akan datang terjadi seperti hari ini lagi? MPP hanya menghiasi sudut-sudut kosong yang ada di UTMKL...

Apakah sebagai boneka atau pemerhati kepada masalah yang meracuni mahasiswa kita......ayuh,pastikan kepimpinan yang akan datang tidak seperti hari ini......perjuangan anda yang sebenar bukanlah semata-mata AUKU....tetapi yang lebih penting adalah kepentingan, kebajikan dan keutuhan mahasiswa UTMKL...ayuh mengorak langkah....kita Kepimpinan hari ini mencorak masa hadapan.....

Hidup Mahasiswa!

Dulu Kini Selamanya....................................

Kalau satu masa dahulu UTM cukup gah dimata masyarakat, tapi kini kemegahan itu hanya tinggal nama. Pejuang hanya tinggal nama pejuang.

Semua kian layu dibuai arus masa. Kini masa terus mengorak langkah. Berikan masa untuk lakukan perubahan. Kembalikan kuasa yang dahulunya milik kami. Kembalikan semua yang dahulu kami dapat rasai.

Hanya tangan-tangan ini yang berhak menentukan siapa yang bakal mewarisi kegemilangan ini. Jangan biarkan kesilapan lalu berulang kembali....kembalikan milik kami.....

kerana kami berhak menentu siapa pewaris kepimpinan kami untuk sekian kali........

Warkah buat mu MPP.....

Wednesday, August 27, 2008

Masih sama..

1) Kami menjanjikan wayerless di UTM akan dibaik pulih.
2) Kami menjanjikan kepada seluruh mahasiswa UTM bahawa kemudahan internet akan dapat diekses di mana-mana sahaja.
3) Kami akan menyuarakan hak bagi mendapatkan kemudahan wayerless di sekitar kampus kepada pihak yang bertanggungjawab.
4) Lagi..dan lagi...

Isunya masih sama.. kemudahan mengakses internet menggunakan wayerless di sekitar dalam kampus UTM. Saban sesi, itu lah 'perjanjian' wajib dalam manifesto mereka. Namun, hingga sekarang, kelemahan wayerless di UTM bagai tiada penyelesaiannya. Adakah pada sesi akan datang, janji yang sama akan berulang? Adakah tiada isu lain hendak diperjuangkan? Mengapa isu yang sama terus-terusan diutarakan? Jawapannya amat mudah, kerana kepimpinan sesi ini, gagal melaksanakan janji yang pernah diberikan. Maka, kerana itu lah ia akan terus berpanjangan. Adakah anda mahu kepimpinan yang akan datang mengutarakan isu yang sama lagi? Tiadakah isu kebajikan lain yang perlu diperjuangkan? Bagaimana dengan isu penempatan mahasiswa UTM? Bagaimana dengan isu pengangkutan? Semuanya masih sama..Isu yang sudah sekian lama kononnya hendak diperjuangkan, tapi hingga sekarang penyelesaiannya masih kabur. Di mana fungsi MPP yang sebenarnya?

Semoga, kepimpinan akan datang berjaya menyelesaikan segala masalah yang ditinggalkan oleh kepimpinan sesi ini. Jadi, keputusan di tangan anda. Siapa pemimpin kita, siapa yang akan menyuarakan suara mahasiswa UTM, siapa yang akan memperjuangkan kebajikan para intelektual UTM dan siapa yang akan bersama-sama merasa susah senang 'rakyat' di bawah pimpinannya... Anda yang menentukan.

Teladan..

Tentu kita semua pernah mendengar kisah kepimpinan Umar Al-Khatab dengan seorang ibu tunggal kan?
Mungkin ramai yang masih kabur, apa tujuan Ana di sini. Tapi, sesungguhnya, cerita ini ada teladan
di sebaliknya. Umar seorang yang amat merendah diri dalam kepimpinannya.Pada suatu malam, ketika Umar
melaksanakan aktiviti penyamarannya bersama pembantunya, Umar terdengar suara budak menangis di sebuah rumah.
Umar menghampiri rumah tersebut. Dilihatya, seorang wanita sedang merebus sesuatu di dapur manakala anak-anak
wanita tersebut sedang menangis. Lalu dihampirinya wanita itu dan bertanyakan hal tersebut.
Jawab wanita tersebut, " Anak-anak ku itu sedang menangis kelaparan. Lalu aku merebus batu-batu ini supaya dapat
menyenangkan hati anak-anak ku yang menyangka aku sedang merebus makanan untu mereka." Wanita itu selanjutnya
meluahkan rasa marahnya kepada Khalifah Umar Al-Khatab yang dianggap tidak menjaga kebajikan rakyatnya tanpa dia ketahui bahawa lelaki yang berada di hadapannya itu adalah Khalifah Umar al-Khatab.Mendengar itu khalifah Omar amat sedih.Lalu pada besoknya dia sendiri menghantar seguni beras ke rumah wanita itu. Itulah yang dilakukan sehingga pada suatu hari dia mengarahkan pegawainya menjemput wanita itu datang ke istana. Setibanya wanita itu ke istana barulah wanita itu sedar orang yang selama ini memberinya makanan adalah Khalifah Omar al-Khatab. Diapun menyesal.

Itu lah pemimpin yang sebenar! Kebajikan orang bawahan menjadi satu rintihan di hatinya. Apabila hidup di kampus, MPP dikatakan pejuang suara mahasiswa seluruhnya,tapi bagaimana dengan MPP UTM? Setiap sesi kepimpinan baru, mahasiswa keseluruhannya berharap agar segala kemudahan dan kebajikan pelajar akan lebih terbela.Namun, fenomena yang berlaku di UTM adalah sebaliknya. Kupon makanan yang disediakan bagi meringakan beban pelajar, sudah tiada khabar beritanya. Sepatutnya, jumlah pelajar yang mendapat kupon makanan ini ditingkatkan, tetapi apa yang terjadi sekarang? Bahkan, pelajar yang sememangnya sudah mendapat kupon ini ditarik balik kemudahannya. Apa dah jadi? Mana MPP yang dikatakan pejuang kebajikan pelajar? Peruntukan wang zakat, juga tiada perkhabaran. Tanya saja kepada MPP sesi kali ini, berapa jumlah peruntukan wang zakat kepada seorang pelajar? Pasti mereka jenuh mencongak jumlah nya kerana mereka sendiri kurang atau mungkin juga tidak maklum tentang kemudahan ini. Mana MPP yang dikatakan orang perantaraan antara mahasiswa dan peringkat pentadbiran universiti? Hanya berapa kerat pelajar-pelajar kita yang mengetahui kewujudan kemudahan pinjaman jangka pendek dan jangkan panjang. Mana hebahan daripada peringkat MPP? Ini kah pemimpin kita? Sesi ini, jawapannya ialah ya. Tetapi, mahukah lagi kita berada di bawah naugan MPP di sesi akan datang dengan corak kepimpinan yang sama? Mahukah kita berada di bawah pimpinan MPP yang hanya berjanji manis ketika menabur manifesto?Mahukah kita terus-terusan berada dalam lingkungan MPP yang hanya enak berada dalam 'zon selesa politik' mereka? Tepuk dada, buatlah keputusan anda. Anda yang akan menentukan siapa pemimpin yang akan mewakili suara keseluruhan mahasiswa. Keputusan di tangan anda. Bukan kepimpinan Umar Al-Khatab,Abu Bakar Ash Shidiq, Utsman bin Affan, ataupun Ali bin Abi Thalib yang kita dambakan. Tetapi, kita perlukan pemimpin yang dapat mewakili suara mahasiswa secara keseluruhannya.

Tuesday, August 26, 2008

Mana???!!!!!

Kemudahan Universiti dan Kolej :

1)Kupon Makanan
2)Duit Zakat
3)Kenderaan Khas untuk pelajar
4)Pinjaman jangka pendek dan panjang
5)Wireless
6)Prasarana sukan
7)Puluhan lagi kemudahan UTM..............

Adakah kemudahan ini dirasai semua warga UTM????!!!!!
Adakah ini yang diperjuangkan MPP
Mana pergi kemudahan ini bersama???!!!!
Atau MPP hanya tahu berhujah?????

Ayuh Bangkitlah Mahasiswa!!

Assalamualaikum wbt....Salam Sejahtera..

Firman Allah :
"Janganlah kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan. Sesungguhnya amat
besar kemurkaan Allah kepada orang yang berbuat demikan"
(Surah As-Soff, ayat 2 & 3)

Senario Politik kampus bakal berubah. Mungkin tidak serancak senario yang berlaku diluar. Tetapi dimedan ini lah perjuangan dan medium kita bagi menuntut keadilan dan hak sebagai seorang mahasiswa. Jika dahulu kita dimomokkan dengan laungan student power, tetapi kini mahasiswa UTMKL bagai hilang sengat, hilang kredibiliti dan hilang panduan dibawah sesi kepimpinan MPP bagi sesi ini. Kemenangan mereka hanyalah diraikan tetapi pengisian terhadap kemenangan mereka tidak langsung memberikan apa-apa makna kepada kami mahasiswa mahasiswi UTMKL.

Puluhan manifesto yang dicanangkan, puluhan janji yang anda taburkan. Tetapi janji hanya tinggal janji. Mahasiswa mahasiswi UTMKL terus ketandusan. Kebajikan mereka terabai. Ratusan yang menderita dek perbuatan MPP kali ini. Majoriti Program yang dapat dilihat sama ada program universiti mahupun pengisian rohani tidak ada langsung dijalankan oleh MPP. Hanya mengharap kredibiliti daripada persatuan-persatuan pelajar, tetapi MPP terus dibuai mimpi Politik luar. Sibuk dengan AUKU, yang tidak berkesudahan. Sibuk menjaja politik luar. Ibarat "kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Begitulah nasib mahasiswa mahasiswi kita yang yang hampir mati oleh kerana "kebijaksaan" MPP yang kita sayangi ini. Peningkatan kadar sosial di kampus mahupun di kolej adalah berpunca dari sikap lepas tangan golongan ini. Sedikit pun manifesto dan janji tidak tertunai..

Wahai MPP, kami akan tuntut manifesto dan janji anda di akhirat nanti... Sedarlah wahai mahasiswa!! Apakah kita mahu perkara ini berulang kembali...kuasa pelajar itu mati dek kerakusan mengejar nama dan pangkat....peluang dan masa depan pelajar, bakal-bakal generasi pelapis terletak ditangan anda..Jangan biarkan kuasa itu jatuh pada orang yang salah....jangan biarkan kebajikan pelajar ditidakkan lagi..